WANY HASRITA KONGSI SEBAB SEBENAR JADI PENYANYI

SEDAR bidang seni mungkin tidak akan bertahan lama buat dirinya, penyanyi muda Wany Hasrita,25 ada perancangan jauh agar dia punya kerjaya tetap di masa akan datang.

Pemilik nama penuh Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Perubatan di Management & Science University (MSU). Wany bercita-cita mahu jadi pensyarah selapas menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana nanti.

“Orang tidak akan selamanya suka kita, jadi perlulah siapkan diri dan fikirkan sesuatau yang akan menjamin masa depan.

“Salah satu sebab saya menyanyi adalah untuk kumpul duit sambung belajar ke peringkat sarjana. Perancangan jangka panjang sebelum ini, saya mahu jadi seorang pensyarah.

“Semua bergantung pada rezeki yang telah ditetapkan. Jika memang ditakdirkan rezeki saya berterusan dalam bidang seni, saya akan teruskan.

“Namun andaikan rezeki saya bukan lagi dalam bidang ini, sekurang-kurangnya saya ada kerjaya tetap. I’ll just go with the flow,” ujar Wany dalam temu bual bersama majalah Hijab Fesyen edisi Ogos 2017 yang menampilkan dirinya sebagai penghias muka depan.

Dalam temu bual sama, Wany turut berkongsi kisah bagaimana bidang nyanyian ini sebenarnya datang pada waktu yang tepat. Rezeki menjadi seorang anak seni membolehkan Wany membantu pendapatan keluarga.

“Sebenarnya saya macam pelajar biasa, tidak pernah fikir untuk jadi penyanyi. Tapi kebetulan tawaran itu datang waktu saya sangat memerlukan sumber pendapatan bagi meringankan beban ibu.

“Masa itu ibu saya yang sebelum ini bekerja dalam bidang oil and gas hilang pekerjaan. Selepas berpisah dengan ayah, saya menetap bersama ibu. Apabilla ibu terpaksa berhenti kerja, kami hilang punca dan sumber rezeki untuk menampung kehidupan berdua,” cerita Wany.

Dapatkan majalah Hijab Fesyen di pasaran sekarang untuk baca lanjut kisah penyanyi lagu Menahan Rindu ini. Wani turut berkongsi kisah hubungan dia bersama penyanyi Tajul yang merupakan pasangan duet dalam lagu Di Sana Cinta Di Sini Rindu.

Majalah Hijab Fesyen edisi Ogos 2017.

Sumber : InstaOnline

WANY HASRITA
'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2