TUNKU TUN AMINAH, DENNIS MUHAMMAD ZIARAH MAKAM DIRAJA

YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Encik Dennis Muhammad Abdullah berkenan menziarahi Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah di Johor Bahru pada 16 Ogos 2017 sempena Istiadat Perkahwinan mereka yang berlangsung Isnin lalu.
Pasangan DiRaja Johor yang selamat diijab kabul pada 14 Ogos itu tiba di perkarangan makam pada jam 9 pagi.
Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melawat pusara kerabat keluarga DiRaja Johor, termasuk menziarah pusara YAM Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim.
Pasangan DiRaja Johor itu turut mengaminkan doa dan menyiram air mawar serta menabur bunga pada setiap makam.
Mufti Johor, Dato’ Mohd Tahrir Samsudin mengiringi bacaan doa pada setiap pusara yang diziarahi.
Istiadat menziarahi Makan DiRaja adalah istiadat yang terakhir bagi Istiadat Perkahwinan DiRaja Johor yang bermula pada 8 Ogos yang lalu.

KREDIT GAMBAR : The Royal Johor

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2