Slash berubah angin?

Bagi anda yang membesar dari zaman 90-an, pastinya lagu berjudul Taman Astakona masih segar di ingatan anda. Walaupun kumpulan yang menyanyikan lagu ini iaitu Kumpulan Slash lebih popular dengan satu lagu ini, namun nama mereka sememangnya tidak asing lagi dalam industi muzik Malaysia.

Tetapi, di manakah menghilangnya kumpulan Slash? Khabar terbaru yang dipetik dari sumber mStar Online, Slash akan tampil dengan single terbaharu yang berjudul Melodi Kasih. Single terbaharu ini masih mengekalkan konsep pop rock tetapi menariknya, lagu ini akan turut memasukkan elemen rap sebagai menampilkan kelainan dan supaya tampak lebih segar dengan citarasa muzik semasa. Lagu Melodi Kasih ini dicipta sepenuhnya oleh Joe dan diterbitkan oleh Adi 6ixthsense selaku penerbit.

Salah seorang anggota Slash berkata “Lagu ini akan berkonsep santai serta berbaur pop dan catchy. Harap-harap peminat akan menerima baik lagu ini terutama dalam menarik peminat baharu.”

Kepada yang belum mengenali kumpulan Slash, ianya ditubuhkan pada tahun 1994 dan menampilkan barisan ahli iaitu Nuar (vokalis), Joe dan Rafix (gitaris), Jack (bass) serta Alin (drum). Bercakap lanjut mengenai lagu baharu ini, Joe berkata, “Proses rakaman single ini mengambil masa sebulan untuk di siapkan di studio NAR Kuala Lumpur manakala proses mastering dilakukan di Studio301 Sydney, Australia.”

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2