SAYA HARUS JAGA REPUTASI – WANI KAYRIE

WALAU sibuk dengan jadual promosi dan juga persembahan pentas, penyanyi Wani Kayrie,17 tidak pernah mengabaikan pelajaran. Apa lagi tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Tiada perancangan untuk berhenti menyanyi atau berehat sekali pun. Cuma buat masa sekarang saya tidak mengambil apa-apa tawaran kerja yang akan menggangu waktu sekolah.

“Jika saya berhenti menyanyi ada ramai artis baharu akan muncul. Jadi syarikat rakaman saya (SRC) sudah punya strategi sendiri bagaiamana untuk saya terus bertahan dalam industri.

“Saya tidak boleh ponteng sekolah lagi kerana bimbang akan ketinggalan dalam pelajaran. Guru-guru di sekolah juga sudah memberi teguran kerana sebelum ini saya sering tidak ke sekolah.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya ini menyasarkan untuk mendapat semua A dalam setiap subjek yang diambil.

“Saya belajar di Sekolah Berprestasi Tinggi dan saya juga dikenali. Jadi semestinya saya harus menjaga reputasi dan mendapatlan keputusan baik dalam SPM nanti.

“Untuk memastikan supaya tidak ketinggalan saya mengambil kelas tambahan di rumah yang mengikut jadual sendiri. Selain itu saya juga akan membawa buku jika keluar rumah untuk mengulangkaji pada waktu lapang,” cerita Wani.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Wani bakal tampil dengan lagu baharu berjudul Aku Suka Kamu. Selain itu Wani juga merancang untuk menyiapkan album penuh selepas tamat sesi persekolahan nanti.

“Lagu baharu saya ini mendapat sentuhan Audi Mok. Kali ini genre yang berbeza dan lagu lebih rancak. Saya mahu jadi seperti Stacy dan Ariana Grande yang menyanyi dan menari.

“Selepas tamat SPM nanti, pihak syarikat rakaman rancang untuk keluarkan album penuh saya. Dalam masa sama saya juga mahu tampil dengan album yang sepenuhnya ciptaan sendiri,” cerita Wani yang popular dengan single berjudul Jangan Jangan.

Sumber : InstaOnline

WANI KAYRIE
'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2