Sabar & Redha, Allah Akan Letak Rezeki Untuk Kita – Nur Fathia

Selepas digugurkan daripada drama La Luna akibat kontroversi video “Bigo Live”, rata-rata netizen beranggapan bahawa karier Fathia Latif di dalam dunia lakonan telah berakhir. Selepas kontroversi itu, setakat ini memang tiada sebarang tawaran lakonan yang diterima oleh Fathia. Namun pelakon itu percaya bahawa rezeki itu di tangan Tuhan.

fathia latifMenurut Harian Metro yang memetik kata Fathia:-

Beliau berkata, dia percaya rezeki di tangan Tuhan, sebagai manusia dia sentiasa takut akan kehilangan rezeki atas perbuatan yang pernah dilakukan yang memberikan implikasi buruk pada pandangan masyarakat, tetapi rezeki itu sudah ditetapkan. Andai ia milik kita ia tetap menjadi milik kita.

Fathia turut mengingatkan bahawa rezeki ada banyak ruang dan cabang. Sebelum pelbagai isu membabitkan dirinya timbul, dia bukan saja selebriti tetapi juga ahli perniagaan dan duta produk jadi rezeki itu Insya Allah ada di mana-mana saja.

Apabila kita sentiasa sabar dan redha dengan kententuan, Allah akan letak rezeki untuk kita. Cuma dalam waktu yang sama, sebagai manusia kita kena berusaha, tambahnya lagi.

fathia latif

Menariknya Fathia Latiff juga turut memaklumkan yang dia sebenarnya keberatan untuk menerima tawaran membintang drama La Luna. Fathia juga turut memaklumkan yang dia tetap akan berlakon tambah syarat tambahan. Tambah Fathia lagi:-

Saya sebenarnya memang keberatan mahu menerima tawaran membintangi La Luna pada peringkat awal tetapi selepas dipujuk, saya buat juga demi kawan-kawan. Sebenarnya memang sudah tertulis bukan rezeki saya.

Hendak kata saya buat syarat selepas ini, sebenarnya saya seperti pelakon lain akan melihat watak perwatakan, jalan cerita, pengarah dan produksi mana sebelum ini. Tiada apa pun perubahan atau syarat untuk saya bekerja. Cuma selesa bekerja dengan produksi yang memahami saya agar memudahkan kedua-dua pihak.

fathia latif

Apa pun, semoga rezeki Fathia di dalam bidang lakonan tidak tertutup selepas kontroversi yang berlaku. Semoga masih ada sinar harapan untuk Fathia.

 

Kredit Sumber : Harian Metro.

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2