Ramli Sarip ajak peminat menyumbang untuk bantu mangsa Rohingya

Lagenda rock atau lebih mesra dengan panggilan ‘Papa Rock’; Datuk Ramli Sarip akan turun padang bagi menjayakan sebuah persembahan amal untuk kutipan sumbangan membantu mangsa Rohingya.

Menurut sumber mStar Online, Ramli Sarip, 66, berkata beliau berharap dapat mengutip sebanyak RM500,000 dalam usaha membantu nasib pelarian Rohingya menerusi ‘Konsert Pelarian Selamatkan Bumimu’. Konsert ini bakal berlangsung pada 26 Ogos depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Konsert ini berrtujuan membantu mangsa pelarian Rohingya.

Selain Ramli Sarip, konsert ini akan turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Ratu Rock negara Ella dan kutipan dana akan disalurkan ke Tabung Pertubuhan Rohingya Malaysia. Menurut Ramli Sarip “Apa yang lebih menarik, sehari sebelum berlangsungnya konsert, sebuah persembahan Majlis Gala Dinner berkonsepkan persembahan akustik akan diadakan di lokasi yang sama. Konsert ini juga merupakan kesinambungan daripada beberapa siri konsert kemanusiaan lain yang pernah dilakukan sebelum ini termasuklah Blues Buat Teman Tour 2014 dan Konsert Doa Langit Dan Bumi untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang turut disertai Datuk M.Nasir, Datuk Awie dan Hattan.”

Ramli Sarip
'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2