Neelofa antara Duta Belia TN50

Selepas memenangi anugarah di ABPBH yang lalu, pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih popular dengan panggilan Neelofa terus unggul setapak lagi apabila beliau adalah antara 10 individu yang dilantik menjadi Duta Transformasi Negara 2050 yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurut sumber mStar Online, pada sebuah sidang media khas Pengenalan Duta-Duta TN50 siri kedua semalam, Neelofa berkata, dia begitu berbesar hati dengan perlantikannya sebagai duta dan akan membantu dalam memacu pembangunan negara yang lebih positif melalui interaksi bersama pengikut di laman sosialnya. Kata Neelofa, “Melalui perlantikan ini, saya akan menggunakan platform sosial media seperti Instagram, Facebook dan Twitter, yang saya percaya mampu menjadi penghubung kepada generasi muda di luar sana untuk membentuk dan mencorak wawasan negara yang lebih dinamik. Bagi memastikan perkara ini terlaksana, saya akan mengambil bahagian dalam apa jua majlis yang melibatkan Transformasi Negara dan Insyallah akan mengajak mereka (pengikut) untuk turut serta”, ujar Neelofa lagi.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata beliau yakin melalui perlantikan kesemua duta belia yang meliputi pakar dari pelbagai bidang itu, mesej TN50 akan disampaikan kepada rakyat secara menyeluruh. Selain Neelofa, individu lain yang dilantik sebagai duta belia TN50 ialah Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup, Pemuzik Iban, Gabriel Fairuz Louis, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Izhar Ariff, aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jufitri Joha, Pengasas Juara Gym, Ben Uzair, Artis Seni Halus, Anniketyni Madian, Usahawan Pembangunan Tenaga Kerja dan Pendidikan Profesional, Dr. Juliana Lim, Pengasas Sukarelawan ‘Help Somebody’, Dr. Esther Michael, dan Pembantu Pengurus Program Reef Check, Nadhirah Mohd Rifai.
NeelofaTN50
'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2