Lorong Tambah Nilai Ditutup Untuk Lancar Trafik di Plaza Tol

Lorong Tambah Nilai Ditutup Untuk Lancar Trafik di Plaza Tol

Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik dan mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol, PLUS akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol.

Kesemua 134 LorongTambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 22 Jun hingga 2 Julai yang akan datang.

“Secara puratanya, satu transaksi urusan tambah nilai boleh mencecah sehingga 3 minit untuk setiap kenderaan. Oleh itu, penutupan Lorong Tambah Nilai di plaza tol adalah amat perlu bagi mengelakkan kesesakan disebabkan oleh orang ramai beratur untuk menambah nilai kad mereka,” jelas Azman.

Tambah beliau, PLUS menasihatkan orang ramai supaya memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya atau menambah nilai kad di 9,200 lokasi lain yang terdiri daripada mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi.

Tingkat Tahap Perkhidmatan Lebuh raya

Selain daripada strategi pengagihan trafik, PLUS turut menyusun pelbagai pendekatan dalam memantapkan operasi pengurusan dan tahap perkhidmatan lebuh raya pada musim perayaan yang akan datang.

“Di antara langkah-langkah yang akan diambil adalah menugaskan lebih ramai kakitangan di lebuh raya dan pusat kawalan trafik (TMC), menambah jumlah pasukan dan rondaan PLUSRonda, menempatkan pasukan-pasukan bantuan kecemasan di lokasi-lokasi strategik, pertambahan kawasan meletak kenderaan dan pembukaan tandas bergerak sementara di kawasan-kawasan rehat utama, menyediakan trak-trak tunda tambahan di lokasi terpilih, menempatkan lebih kurang 2,000 kakitangan di plaza-plaza tol, pemantauan trafik dari udara, menempatkan trak makanan bergerak di kawasan rehat dan plaza tol terpilih dan lain-lain lagi,” kata Azman.

Selain itu, PLUS akan membuka laluan kontra di beberapa laluan yang kritikal untuk melancarkan trafik di laluan-laluan tersebut. Walau bagaimanapun, pengaktifan laluan kontra tersebut bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak Polis.

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2