Lepas SRK, Aksi Lip-Sync Kak Girl mendapat perhatian Humood Alkhudher

Minggu lalu Datuk Shah Rukh Khan (SRK) telah memberi respon dengan ”retweet” video aksi Kak Girl menari dan lip-sync lagu Bole Chudiyan daripada filem Khabi Kushi Khabie Gham. 

Terbaru, beliau memuatnaik video ‘lip sync’ sambil menari di dalam kereta dengan mengikut rentak lagu ‘Kun Anta’.  Lagu ‘Kun Anta’  popular sejak dua tahun lalu dan muzik videonya telah dikongsi oleh jutaan peminat seluruh dunia di media sosial dan menjadi pilihan peminat di aplikasi lip-sync Dubmash.Posting Kak Girl beraksi lip-sync sambil menari disamping suaminya yang sedang memandu itu telah mencapai lebih 200,000 jumlah tontonan dari pengikut di Instagram, sekaligus mencuri perhatian penyanyi asal lagu tersebut iaitu Humood AlKhuder.

Humood turut memuatnaik video tersebut di Instagramnya dan memberi respon :
“Saya menyukai video ini! Dan saya menyukai gaya dia yang langsung tidak menunjukkan ekspresi wajah!,” (merujuk kepada gaya suaminya yang bersahaja.)Ternyata aksi lincah Kak Girl menari mengikut rentak lagu disamping reaksi suaminya bersahaja  benar-benar mencuit hati sehingga mendapat perhatian dari dua selebriti antarabangsa  dan turut ditonton oleh pengguna media sosial dari luar dan dalam negara.

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2