Laluan Kembara Mahkota Johor 2017

Laluan perjalanan KMJ 2017

Pelancaran edisi ke-20 KMJ yang dicetuskan Tuanku Sultan sejak 2001 akan diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru pada jam 8.15 pagi. Sepanjang program berlangsung, Baginda akan diiringi DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan Keluarga DiRaja Johor.

Pelbagai aktiviti disusun sepanjang penjelajahan yang turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan Exco Kerajaan Negeri, pemimpin kerajaan dan pegawai kanan Kerajaan Johor.

Penjelajahan secara konvoi sejauh 808 kilometer merentasi semua 10 daerah di Johor ini dijangka lebih menarik dengan Sultan Ibrahim diringi Keluarga DiRaja Johor mengambil bahagian dalam pelbagai program bersama rakyat seperti demonstrasi memasak, sukan rakyat, lawatan ke gerai-gerai dan penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Baginda turut berkenan menyelam dan menyempurnakan majlis pelancaran logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di dasar laut berhampiran Pulau Mensirip, Mersing.

KMJ 2017 akan bermula di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru dan seterusnya ke Kota Tinggi dan Mersing pada hari pertama sejauh 195km. Diikuti Mersing dan Kluang iaitu sejauh 157km pada hari kedua, seterusnya ke Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar sejauh 209km pada hari ketiga. KMJ 2017 akan menutup tirai pada 12 September dengan jarak perjalanan sejauh 247 kilometer di Hutan Bandar, Bandar Putra Kulai.

Selain itu, Sultan Johor , Sultan Ibrahim Sultan Iskandar buat pertama kali akan memandu kereta beroda tiga Morgan dari Britain dalam Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 edisi ke-20.

Sultan Ibrahim menaiki Morgan
Morgan

Menurut Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kereta beroda tiga Morgan itu unik kerana ia direka khas mengikut spesifikasi Sultan Ibrahim.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak datang terlalu hampir, mahupun menyentuh kereta Morgan itu berikutan keadaan enjin dan ekzos yang terdedah.

“Ia amat panas dan boleh mendatangkan kecederaan,” Baginda bertitah demikian kepada Royal Press Office di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

 Kredit : IG @officialsultanibrahim & Utusan Online

 

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2