Malam-malam hari, pastinya menjadi ‘trademark’ bagi stesen radio Best FM apabila ianya merupakan stesen yang memartabatkan lagu-lagu keroncong. Selepas penat melayan lagu-lagu dari era 90-an, 2000 dan yang terbaru, kita layan pula lagu-lagu yang dinyanyikan dalam irama keroncong. Segmen Keroncong Best ke udara setiap malam Isnin hingga Ahad dari jam 11 malam hingga 3 pagi.