KERANA CINTA ELIZABETH TAN ALAMI KEMURUNGAN

PENYANYI dan pelakon Elizabeth Tan akui pernah melalui tempoh kemurungan sehingga terfikir untuk bunuh diri. Menurut wanita usia 24 tahun ini juga, putus cinta antara faktor dia mengalami tekanan perasaan.

“Saya melalui detik hitam dalam kehidupan saya apabila semua masalah berlaku dalam masa yang sama. Saya hilang kepercayaan diri sehingga terfikir untuk bunuh diri.

“Namun, saya amat bersyukur kerana saya mempunyai seorang ibu yang memahami keadaan dan dia banyak memberi sokongan ketika tempoh saya melalui semua itu.

“Saya juga dikelilingi rakan-rakan berbilang agama yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk saya bangkit melawan tekanan dan masalah tersebut.

“Mujur saya seorang yang masih berfikiran rasional dan tahu membuat keputusan terbaik.

“Kini saya sudah pulih dan sentiasa terbuka dalam berkongsi masalah sama ada dengan keluarga atau rakan-rakan baik saya,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharunya berjudul Darling di Pejabat Warner Music di Mutiara Damansara.

Sekali pun percintaan lalu memberi kesan mendalam, namun Elizabeth yang mesra disapa Lizzy tidak pernah serik menerima kehadiran lelaki. Malah dia akaui terbuka jika ada mana-mana lelaki yang mahu berkenalan dengannya.

“Jika ada yang baik, apa salahnya. Sudah pasti saya akan lebih berhati-hati mencari teman lelaki. Jangan terlalu percaya pada lelaki dan dia harus tahu nilai seorang wanita,” ujar Lizzy.

Terbaharu tentang kerjaya, penyanyi lagu Tabah ini muncul sebagai pelakon dalam drama 20 episod berjudul My Darling Inspektor Daniel. Bagi ini drama ini juga sebagai satu permulaan untuk terus serius dalam bidang lakonan.

“Sebenarnya sejak awal lagi saya lebih suka berlakon. Bidang nyanyian saya anggap sebagai satu batu loncatan untuk masuk dalam industri. Jika saya tidak mula menyanyi dahulu, mungkin saya tidak dapay peluang begini.

“Selepas ini saya biarlah orang lebih mengenali saya sebagai pelakon. Namun jika ada peluang baik untuk menyanyi saya tidak akan menola,” jelas Lizzy.

Lagu Darling turut dijadikan sebagai OST bagi drama tersebut. Darling juga merupakan ciptaan penuh oleh Lizzy yang hanya mengambil masa 30 minit untum disiapkan. Lagu ini sangat bermakna buat Lizzy kerana ia merupakan karya pertama terbitan syarikat miliknya Elene Ltd.

Lagu Darling merupakan edaran syarikat Warner Music (M) Sdn Bhd dan kini boleh dimuat turun di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.

Sumber : InstaOnline

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2