Kedai Emas Anuar Kota Tinggi raikan pemenang Teka Lagu Emas Best FM

Mendengar radio akan menjadi lebih seronok apatah lagi boleh mendatangkan hasil ibarat duit raya. Apa tidaknya, kerana pada bulan yang lalu, Best FM telah tampil dengan peraduan Teka Lagu Emas Best FM yang telah ditaja oleh Kedai Emas Anuar Kota Tinggi. Pendengar hanya perlu mendengar isyarat memanggil dan menjadi pemanggil terpantas dan meneka tajuk lagu emas yang ke udara untuk memenangi sebahagian daripada wang tunai dan emas yang bernilai sehingga RM30,000.

Pada Sabtu lalu bersempena dengan pembukaan cawangan kedua Kedai Emas Anuar Kota Tinggi di Johor, beberapa pemenang telah dijemput untuk acara penyampaian hadiah selain boleh bertemu mesra dengan salah seorang personaliti radio Best FM iaitu Zharyn dan juga kru Best Renjer (sebelum ini dikenali sebagai Best FM Cruiser/Ronda).

Pelbagai acara menarik seperti kuiz dan sesi beramah mesra diadakan. Kepada pemenang peraduan Teka Lagu Emas Best FM yang lain, pihak Best FM akan menghubungi anda untuk urusan penghantaran atau pengambilan hadiah. Bagi yang tidak berjaya tempoh hari, nantikan sebuah lagi peraduan iaitu Pemburu Emas Best FM yang turut ditaja oleh Kedai Emas Anuar Kota Tinggi. Terus dengarkan Best FM untuk info lanjut…

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2