IRFAN HARIS TERKEJUT PEMINAT DM 3 KALI SEHARI

RESAM menjadi anak seni pastinya menjadi perhatian ramai peminat. Apa lagi dalam era media sosial kini, peminat semakin mudah mendekati artis popular kesayangan mereka.

Penyanyi muda Irfan Haris,16 juga tidak terlepas dari tempias populariti sehingga diburu peminat. Malah Irfan akui terkejut apabila menerima respon yang pelbagai daripada peminat di laman sosial.

“Ada yang menghantar pesanan di media sosial dan meminta nombor telefon peribadi saya. Sehingga ada yang hantar tiga pesanan dalam masa sehari.

“Sudah tentu saya tidak akan berikan kerana takut diganggu. Sebarang pertanyaan boleh terus kepada pihak pengurusan (Indigital).

“Pada awalnya memang saya terkejut menerima banyak pesanan. Saya hanya akan balas setiap pesanan sebagai tanda penghargaan buat peminat. Jika ada yang mahu kenal lebih dekat, ikuti saja perkembangan di media sosial,” ujar Irfan.

Meledak popular dengan single pertama berjudul Redha, Irfan memberitahu dia merasa sedikit tertekan kerana bimbang lagu keduanya kurang mendapat sambutan. Terbaharu Irfan tampil dengan lagu Pesan yang mendapat sentuhan Haqiem Rusli, Ippo Hafiz dan dirinya sendiri.

“Lagu pertama saya mendapat sambutan yang bagus, jadi saya takut jika lagu kedua ini tidak mampu menandingi lagu untuk capai sasaran sebelum ini.

“Sebelum tampil dengan lagu Pesan, saya buat sedikit research dan lebih berhati-hati. Saya tanya ramai pihak termasuk golongan peminat untuk mengetahui cita rasa mereka.

“Untuk terus kekal bertahan sebagai penyanyi, saya punya pasukan pengurusan yang cukup bagus. Ippo Hafiz juga banyak memberi nasihat yang baik kepada saya sebelum ini.

“Bagaimanapun  apa yang penting bagi saya ialah lagu berkualiti. Itu adalah kekuatan buat seorang penyanyi untuk terus bertahan dalam industri seni,” jelas adik kepada penyanyi Amira Othman ini.

Sumber : InstaOnline

IRFAN HARIS
'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2