Inilah Jurugambar Yang ‘Sama Laju’ Dengan Speedy Jantan Ketika Acara 100 Meter Lelaki Akhir Sukan SEA KL2017!

 



Rasanya ramai yang dah tengok bagaimana Khairul Hafiz Jantan menjadi manusia terpantas Asia Tenggara setelah memenangi 100 meter pecut di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

Namun antara paling banyak dibualkan netizen selain kemenangan itu, adalah aksi para jurufoto yang terpaksa mengejar kelibat Khairul Hafiz dalam usaha untuk mendapatkan ‘shot’ yang terbaik.

Tumpuan sudah tentu pada ‘abang baju hijau’ . Dia kelihatan bersungguh-sungguh berlari mendapatkan Khairul Hafiz, malah satu ketika aksinya ‘mengalahkan’ atlit tersebut hingga mencuit hati para penonton di stadium, rumah dan para netizen.

Menariknya, ‘abam baju hijau’ itu masih boleh tersengih-sengih setiap kali mengejar kelibat Khairul Hafiz walaupun terpaksa mengusung kamera dan pada masa yang sama memikirkan sudut terbaik untuk merakamkan aksi pelari pecut berkenaan.

Ahmad Iskandar Kamaruzaman, 31 yang merupakan jurufoto dari BERNAMA, menjadi tumpuan dalam sekelip mata dek kerana aksi lariannya yang terpaksa ‘lebih laju’ dari atlet pecut negara, Khairul Hafiz Jantan (KHJ) untuk mendapatkan momen terbaik ketika acara 100 Meter lelaki akhir pada temasya Sukan SEA KL2017 di Stadium Bukit Jalil.

“Masa saya lari tu saya tak boleh fikir dah barang jatuh ke, handphone jatuh ke, sebab masa tu saya cuma fikir saya tak boleh terlepas setiap momen yang KHJ buat. Dari berlari, melompat, sujud semua saya cuba pastikan saya tak akan tertinggal. Sebab ini merupakan tanggungjawab yang diberi untuk saya. Saya perlu laksanakan sebaik mungkin keranan beban yang saya pikul adalah nama unit fotoBERNAMA dan secara tak langsung saya membawa nama BERNAMA.”

 

Jurufoto sukan secara zahirnya nampak macam tak ada beza dengan jurufoto-jurufoto lain tetapi hakikatnya mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran tersendiri yang ramai orang di luar sana tak tahu.

Dalam acara sukan, si atlit akan bergerak ke sana ke sini. Selain sewaktu beraksi, mereka juga akan ‘ke hulu ke hilir’ kalau menang untuk meraikan kemenangan mereka. Kalau jurufoto tersebut ‘salah teknik’ dalam mengendalikan kamera, gambar yang terhasil akan menjadi kabur dan tidak jelas.

‘Timing’ pun sangat penting. Jurufoto yang berpengalaman selalunya tahu bilakah saat terbaik untuk merakamkan detik-detik terbaik atau detik bersejarah sesuatu acara. Kalau takde atau kurang pengalaman, mereka selalunya akan terlepas aksi-aksi menarik sesuatu perlawanan itu.

Itu belum kira faktor cuaca…panas terik…hujan ribut…angin kencang dan sebagainya.

Kepada ‘abang baju hijau’, walaupun ada yang ketawa, ada yang tersengih dan ada yang kutuk melihat aksi anda, percayalah, anda telah membuka mata ramai orang mengenai tugas dan pahit getir seorang jurufoto sukan.

Kredit : Siakap Keli &  beritaup2date.blogspot.my

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2