IKEA Tebrau akan dibuka 16 November 2017!

IKEA Malaysia hari ini mengumumkan tarikh pembukaan IKEA Tebrau, gedung pertama di selatan Semenanjung Malaysia dan juga bakal menjadi gedung IKEA yang terbesar di Asia Tenggara. Terletak di Jalan Desa Tebrau, Johor Bahru, gedung yang ketiga di Malaysia ini akan mula menerima pelanggan pada 16 November 2017. Pengumuman ini dibuat semasa acara bersama media sempena majlis ‘Roof Capping’, mengikut tradisi Sweden bagi meraikan tamatnya kerja-kerja pembinaan bangunan dan sebagai tanda terima kasih kepada jiran-jiran yang membantu semasa fasa pembinaan.

“Kami tidak sabar untuk membuka gedung kami kepada para penduduk di selatan Semenanjung Malaysia. Pada 16 November 2017, kami akan bersedia untuk meraikan kunjungan mereka seisi keluarga! Dengan pembukaan IKEA Tebrau, lebih 1.8 juta penduduk yang tinggal dalam kawasan sekitar 60 minit pemanduan dari gedung akan dapat mengunjungi gedung perabot ini dengan mudah untuk mendapat akses kepada lebih 8,000 hiasan rumah Sweden yang direka menarik, berfungsi serta mampu dibeli. Dengan perkembangan terbaru ini, kami berharap dapat memenuhi keperluan lebih ramai pelanggan di Johor serta kawasan sekitarnya!” kata Mike King, Pengarah Peruncitan, IKEA Asia Tenggara.

 

IKEA Tebrau meliputi kawasan seluas 502,815 kaki persegi (46,713 meter persegi) dan memiliki ciri-ciri mapan dalam operasinya. Gedung yang baharu ini dibina menurut keperluan persijilan ‘Leadership in Energy and Environmental Design’ (LEED) dan ‘Green Building Index’ (GBI) dan siap dipasang dengan panel solar bagi menjimatkan penggunaan elektrik sehingga lebih 45%.

Terletak sejauh 20 minit pemanduan dari kawasan tengah Johor, IKEA Tebrau boleh diakses melalui Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Senai-Desaru. Gedung ini juga menyediakan melebihi 1,771 tempat letak kereta di dalam dan di luar bangunan serta stesen mengecas kereta elektrik.

“Kehadiran kami di tempat-tempat lain di Semenanjung mencerminkan visi kami untuk menyediakan gaya hidup yang lebih baik untuk lebih ramai warga Malaysia. IKEA Tebrau merupakan langkah penting dalam usaha kami untuk berkembang di rantau Asia Tenggara,” tambah Mike.

Gedung perabot ini bersedia untuk memenuhi keperluan kelengkapan rumah para penduduk di kawasan selatan Semenanjung Malaysia yang semakin pesat membangun. Cawangan di Tebrau ini memiliki semua ciri gedung IKEA termasuk 54 buah bilik pameran untuk inspirasi kelengkapan rumah, produk yang dibungkus rata dan sedia dibawa pulang pada hari yang sama, kawasan permainan kanak-kanak yang diawasi serta Restoran IKEA yang boleh memuatkan sehingga 750 orang pelanggan. Tidak lupa juga karipap panas serta hotdog yang menjadi kegemaran ramai di Bistro IKEA serta coklat dan makanan beku di Kedai Makanan Sweden.

Annie Chandler, Pengurus Gedung IKEA Tebrau berkata “Kami kini sedang membuat persiapan terakhir sebelum pembukaan. Ini termasuklah fasa akhir pemasangan dalaman, persediaan operasi, perancangan barangan dan latihan para pekerja. Kami telah mengambil lebih 300 orang pekerja untuk IKEA Tebrau. Kami akan bersama-sama menanti kedatangan para pengguna di selatan Semenanjung Malaysia untuk menikmati pengalaman membeli belah IKEA yang unik dan digemari ramai!” tambah Chandler.

Kredit Gambar : BrotherhoodJohor

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2