(FOTO) MAJLIS BERSIRAM PENGANTIN DIRAJA

MAJLIS BERSIRAM PENGANTIN DIRAJA DIADAKAN PENUH TRADISI

Majlis Bersiram YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan suaminya, Encik Dennis Muhammad Abdullah sempena Istiadat Perkahwinan Pengantin DiRaja dilakukan penuh tradisi dan adat istiadat DiRaja Johor di Bukit Bintang, Istana Besar pada 15 Ogos yang lalu. Pasangan pengantin DiRaja itu yang mengenakan Baju Melayu dan Baju Kurung Teluk Belanga biru muda tiba di Istana Besar pada jam 4 petang. Tunku Tun Aminah dan suami kemudian bersemayam di peterana Panca Persada setinggi sembilan tingkat yang dibina di puncak Bukit Bintang, Istana Besar.

Majlis Bersiram dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Dato’ Haji M. Tahrir Bin Dato’ Kiyai Haji Samsudin, disusuli istiadat menepung tawar disempurnakan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Di-hilir Perak, DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

Berangkat menyaksikan majlis berkenaan, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar; DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri, YM Che’ Puan Khaleeda Bustamam serta paduka-paduka anakanda yang lain.

Tunku Tun Aminah dan Encik Dennis Muhammad kemudian turun dari Panca Persada dan meninggalkan Majlis Bersiram pada jam 4.45 petang, sebelum majlis bersurai dengan bacaan doa oleh Mufti Johor.

KREDIT GAMBAR : The Royal Johor

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2