Erra Fazira lebih fokus kepada diri sendiri dan keluarga

Cinta dan kecewa? Dua perkara ini tidak lagi menjadi gangguan kepada pelakon dan penyanyi Erra Fazira. Menurut sumber portal mStar Online, Erra Fazira dikatakan enggan lagi memikirkan secara serius tentang perkahwinan sebaliknya dia meletakkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

Jelas Erra Fazira lagi, sekarang ini beliau ingin memberi fokus kepada perkara lain termasuk kerjayanya selain gembira dengan kehidupan ketika ini. “Hendak harapkan jodoh itu datang bergolek, entah bila? Jadi saya mengambil keputusan untuk ‘go with the flow’ sahaja tentang cinta. Rasanya lebih baik saya fokus kepada benda lain seperti kerjaya saya. Soal ini saya tidak mahu lagi fikir, jika ada jodoh saya pasti ada jalannya,” katanya.

Daripada team editor Best FM, marilah kita sama-sama mendoakan kebahagian dan kejayaan Erra Fazira. Rindu pula nak melihat Erra Fazira tampil di layar perak, kan?…

Erra Fazira
'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2