Cristiano Ronaldo Dedah Gambar Anak Kembar

Minggu lalu, peminat sukan bolasepak dunia dikhabarkan dengan berita gembira apabila idola bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo berkongsi berita gembira yang beliau akan menimang cahaya mata kembar. Bayi pasangan kembar lelaki CR dikatakan adalah hasil dari kandungan ibu tumpangan seorang warga Amerika Syarikat.

Bayi kembar ini telah selamat dilahirkan pada akhir bulan lalu adalah seorang bayi lelaki dan perempuan. Seronok dengan berita tersebut, selepas selesai daripada perlawanan bersama pasukan kebangsaan Portugal di aksi Piala Konfiderasi yang lalu, Cristiano sempat berkongsi gambar bayi kembarnya di laman Instagramnya pada 6 hari yang lalu sekaligus memperoleh lebih dari 7.8 juta likes.

Cristiano turut berkongsi gambar bersama anak lelaki sulungnya Cristiano Ronaldo Jr. Cristiano Ronaldo Jr yang berusia 7 tahun telah menjadi seorang abang kepada adik kembarnya yang dikenali sebagai Mateo dan Eva. Kehidupan bintang bolasepak Cristiano Ronaldo kini lebih lengkap dengan tiga orang anak dan kekasih Georgina Rodriguez, 23.

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2