Balik kerja sambil berhibur dengan celoteh duo penyampai kesayangan anda iaitu AZIEQA – Azhar & Ieqa di dalam segmen Best Petang yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat. Segmen Best Petang ke udara dari jam 4 petang hingga 8 malam. Best Petang diserikan oleh Deeja Cosmetic. Nak kekal cantik dan kulit gebus persis Cinderella sepanjang zaman? Haruslah Deeja Cosmetic.

Selebriti Update (4-5 petang) – Apa yang selebriti up date dimedia sosial akan dikongsikan oleh Azieqa.

#Pesanan (4-5 petang) – Call je Azieqa kalau nak sampaikan pesanan kat seseorang.

Chit Chat Best Petang (5-6 petang) – Topik ringan  untuk diperbincangkan bersama pendengar. Contoh- SIAPA DIANTARA KORANG YANG SUKA LETAK KASUT-KASUT DALAM KERETA.

Lirik Tunggang Langgang (5-6 petang) – Lirik lagu yang di tungang langangkan oleh Azieqa, korang kena berikan tajuk lagu dan nama penyanyi , kemudian susun semula lirik yang betul dan kemudian nyanyikan lagu tersebut.

Sambung Ayat Best (6-7 petang) – Bermula dengan 1 perkataan kemudian Azieqa dan pendengar memberikan 1 perkataan dan akhirnya menjadi  ayat yang bersambung sambung . Siapa yang ulang perkataan yang sama atau terberhenti (diam) dalam beberapa saat dikira kalah. Kalau pendengar menang boleh menang hadiah.

Zon Lagu Rosak (6-7pm) – Beberapa keratan lagu disambung-sambung dan pendengar haru memberikan nama lagu dan penyanyi dengan betul dan berpeluang menang hadiah.

#Salam Maghrib (7-8pm) – Penyampai kongsikan kata-kata hikmah kiriman pendengar di media sosial Best FM.