Dah penat seharian di tempat kerja, berehat santai pula bertemankan ZZ atau Zulaika Zakaria menerusi segmen Best Cinta yang akan memutarkan koleksi lagu-lagu cinta yang terbaik untuk hari anda. Segmen Best Cinta ke udara setiap Isnin hingga Sabtu. Segmen Best Cinta ke udara dari jam 8 hingga 12 tengah malam.

UCAPAN CINTA (8-9 malam) – Ucapan untuk yang tersayang.

MADAH CINTA(9-10 malam) – Pendengar berkongsi madah nukilan mereka dan madah tersebut boleh dihantar ke Fb Best FM dan juga menerusi telefon.

DIARI HATIKU (9-10 malam) – Pendengar berkongsi kisah suka duka percintaan mereka.

NAK KENAL BOLEH (10-11 malam) – Pendengar berpeluang berkenalan dengan pendengar yang lain. Mereka dikehendaki memberikan nama Fb dan Ig mereka diudara.

TOPIK CINTA (10-11 malam) – Setiap malam satu topic cinta akan dikongsikan bersama pendengar Best FM.

CARTA LAGU CINTA (11-12 tengahmalam) – Setiap malam lagu-lagu cinta bertema akan dimainkan selama 1 jam. Contoh: Lagu-lagu yang tak sesuai didengar oleh pendengar yang sedang putus cinta.

PERADUAN DI SEGMEN BEST CINTA

>> DEDIKASI CINTA <<