Aliff Aziz timang cahaya mata

Wah, tahniah diucapkan kepada Aliff Aziz dan isteri yang baharu sahaja menimang cahaya mata lelaki pada petang Sabtu lalu. Berita gembira itu dikongsi bersama oleh Aliff Aziz, menerusi akaun instagramnya. Turut dipaparkan ialah gambar Aliff Aziz sedang memangku bayinya di sisi isteri tersayang, Bella.

Walau bagaimanapu Aliff Aziz tidak menunjukkan wajah anaknya menerusi posting tersebut. Aliff berkata, beliau  bersyukur dengan kehadiran puteranya yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean. Kata beliau lagi  “Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, pada hari mulia ini lahirnya anakandaku dengan selamat. Terima kasih mummy telah menjadi wanita paling kuat melalui saat getir untuk kelahiran anak yang comel ini.
“Inilah hari yang daddy dan mummy tunggu-tunggu. Selamat datang dalam keluarga kita Mohamad Ayden Adrean, kamu akan menyinari kehidupan kami kini dan selamanya,” tulis Aliff.

Peminat setia Aliff Aziz turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu atas kelahiran anak mereka.

Aliff Aziz
'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2