ADAM SHAHZ KURUS DAN TAKUT BERJUMPA ORANG SELEPAS BERCERAI

PELAKON Adam Shahz,35 memberitahu perceraian dengan bekas isterinya Fatin Afeefa,22 memberi kesan sangat mendalam sehingga dia takut berjumpa orang ramai. Malah berat badan Adam juga menurun kerana tidak lalu makan.

Pasangan ini sah bercerai pada 30 Mei lalu di Mahkamah Syariah Petaling Jaya. Menurut Adam, Fatin menfailkan perceraikan kerana merasakan mereka tidak lagi serasi hidup bersama.

“Selepas bercerai saya lebih banyak berdiam dan rasa takut berjumpa orang. Saya tidak mahu orang bertanya tentang perceraian kami. Saya tidak tahu apa yang harus diperkatakan jika ada yang bertanya.

“Malah ketika sambutan Aidilfitri lalu, saya tidak begitu meraikannya. Saya mengelak dari berjumpa saudara-mara.

“Saya boleh katakan hidup saya tidak terurus selepas bercerai. Berat badan turun dari 75 kilogram kepada 55 kilogram.

“Saya juga menolak beberapa tawaran berlakon kerana merasakan emosi belum stabil. Saya takut nanti perasaan ini terbawa-bawa sehingga ke lokasi,” ujar Adam kepada INSTA ONLINE.

Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin pada Disember 2013. Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

“Syukur bekas ibu mertua sangat memahami. Dia yang menjaga anak-anak selepas kami bercerai. Saya sendiri susah menguruskan diri, apa lagi untuk menjaga anak-anak. Saya juga takut anak-anak bertanya tentang ibu mereka.

“Pada awalnya memang saya harapkan hubungan kami kembali baik. Namun selepas difikirkan berkali-kali, saya redha. Ini adalah jalan terbaik,” ujar Adam.

Adam dan Fatin bercerai pada 30 mei lalu.

Sumber : InstaOnline

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2