ADA HERO TAKUT DENGAN AYDA JEBAT

DRAMA berjudul Ku Kirim Cinta lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosli membuatkan ramai peminat berfikir cinta mereka terbawa sehingga ke luar lokasi. Hubungan rapat mereka terus menjadi bualan hangat netizen.

Adakah kisah ini sekadar untuk mempromosikan drama tersebut atau benar cinta sedang berputik antara mereka?

“Kami masih berkawan walau drama tersebut telah habis ditayangkan. Masih ada beberapa tawaran kerja bersama. Jadi hubungan kami masih rapat sebagai kawan,” jelas Ayda.

Menguas tentang isu cinta lokasi, ini bukan pertama kali nama Ayda dikaitkan dengan hero gandingannya dalam drama. Kata Ayda memang sifat dalam dirinya yang mudah rapat dengan rakan sekerja agar penggambaran berjalan lancar.

“Mungkin disebabkan saya masih muda dan tiada kekasih, maka apabila ada lelaki yang rapat akan dikatakan bercinta.

“Saya suka buat orang selesa bekerja dengan saya. Jadi bukan hanya dengan hero sahaja, malah saya juga rapat dengan semua kru produksi. Ini akan memudahkan kerja dan hasilnya akan menjadi lebih baik

“Ada juga hero yang takut nak berlakon dengan saya. Dia takut jika nanti jatuh cinta. Bukan salah saya,” cerita pelakon dan penyanyi usia 25 tahun ini.

Hubungan rapat Ayda dan Redza terus menjadi bualan hangat.

Terbaharu Ayda bakal melancarkan lagu berjudul Mata. Kata Ayda ini adalah masa terbaik untuk tampil dengan lagu baharu setelah lama sibuk berlakon. Lagu terakhir Ayda sebelum ini ialah Nakal yang dilancarkan sekitar awal tahun 2017.

“Sebenarnya banyak lagu yang ingin dirakamkan. Tetapi jika rakam lagu saya perlu kosongkan jadual berlakon untuk tujuan promosi dan sebagainya. Sedangkan saya sudah terima tawaran berlakon terlebih dahulu.

“Lagu Mata ini untuk memberi semangat mereka yang sedang bertanding. Ia sebenarnya menceritakan tantang pungutan markah (mata). Bukan cerita tentang anggota badan kita,” jelas Ayda.

Sumber : InstaOnline

AYDA JEBAT
'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2