9 Adab Apabila Menghadiri Rumah Terbuka.

Mereka yang menghadiri majlis-majlis rumah terbuka perlu menjaga adab sopan dan etika supaya majlis berjalan dengan lancar, tidak terganggu dan menyenangkan hati tuan rumah. Sebagai peringatan bersama, berikut ana kongsikan 9 adab apabila menghadiri rumah terbuka.

kredit gambar : astro awani
  1. Betulkan Niat Dan Tujuan

Memenuhi undangan adalah baik dalam kehidupan bermasyarakat kerana dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim, saling bermaaf-maafan sesama rakan, jiran dan keluarga. Hindari daripada menghadiri majlis tersebut dengan niat dan tujuan tersembunyi seperti untuk menonjolkan diri dengan menunjuk-nunjuk dan memperagakan pakaian cantik atau barangan kemas dan mahal yang dipakai.

  1. Mematuhi Masa

Masa amat penting dimana kita harus tahu waktu Majlis Rumah Terbuka tersebut diadakan. Maka hadirlah pada waktu yang tepat dan patuhilah masa yang sudah ditetapkan oleh pihak penganjur / tuan rumah. Anda perlu bertimbang rasa dan jangan pula tiba apabila tuan rumah sudah siap mengemas. Menyusahkan tuan rumah pula untuk melayan anda yang baru sampai sedangkan tuan rumah sudah kepenatan dan perlu solat dan berehat.

  1. Menjaga Aurat

Hormatilah orang di sekeliling dengan memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat bagi Muslim ketika menghadiri rumah terbuka. Golongan lelaki biasanya tiada masalah dari segi aurat, tetapi bagi perempuan hendaklah memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat, janganlah memakai pakaian yang menjolok mata sehingga mengundang perasaan tidak selesa tuan rumah dan para tetamu yang lain. Dan bagi yang bukan mahram dilarang sama sekali untuk kita bersalaman.

  1. Hormati Tuan Rumah

Ketika sampai ke majlis rumah terbuka, berilah salam kepada tuan rumah dengan penuh hormat dan mintalah izin untuk masuk sambil menghulurkan tangan kepadanya untuk bersalaman serta bertanya khabar. Begitu juga apabila pulang nanti, janganlah terus pergi begitu sahaja, bertemulah tuan rumah terlebih dahulu untuk meminta izin berundur dan bagi mengucapkan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang disediakan serta mendoakannya supaya murah rezeki dan diberkati usia mereka sekeluarga.

  1. Menjaga Akhlak Dan Tingkah Laku

Akhlak dan tingkah laku haruslah dijaga semasa berada di majlis rumah terbuka. Sewajarnya dielakkan daripada bersikap bangga diri dan bersikap menunjuk-nunjuk, sombong, riyak, dan takabbur. Rendahkanlah suara ketika bercakap agar tidak menganggu perbualan tetamu yang lain. Di samping itu kawallah pandangan mata semasa berkunjung ke rumah terbuka. Janganlah pula melilau-lilau memandang dan meneroka rumah tuan rumah ikut sesuka hati sahaja sehingga ke bilik tidur mereka. Peliharalah diri daripada perlakuan dan tindakan yang tidak baik sewaktu menziarahi kerana perbuatan tersebut boleh mengganggu ketenteraman atau tidak disenangi oleh tuan rumah.

  1. Jaga Adab Makan

Setiap kali menghadiri rumah terbuka, pastinya disediakan pelbagai juadah. Adab makan perlu dijaga dan janganlah makan secara berlebihan. Ambil apa yang anda rasa perlu sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Ingatkan orang yang ating kemudian dan jangan suka membazir walau anda tahu banyak lagi makanan yang disediakan. Membazir itu adalah amalan syaitan. Sekiranya anda mempunyai penyakit dan alahan, makanlah makanan yang sihat dan tidak melanggar pantang.

 

  1. Memendekkan Tempoh Ziarah

Pendekkanlah tempoh ziarah ke rumah terbuka. Jangan duduk terlalu lama berjam-jam ketika berkunjung ke majlis tersebut hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad.

 

  1. Jangan Mengata

Selepas pulang dari rumah terbuka janganlah pula mengata atau membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan setiap rumah yang dikunjungi. Sama ada dari segi layanan, kemewahan, perhiasan atau makanan yang dihidangkan. Namun sebagai tetamu, kita haruslah bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediakan.

  1. Utamakan Solat

Ketika sibuk menghadiri majlis-majlis rumah terbuka, janganlah sehingga melalaikan untuk tunaikan solat. Singgahlah terlebih dahulu di masjid/surau berhampiran setelah masuk waktu solat. Usah sayangkan make-up untuk berwuduk. Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara.

 

 

Demikianlah perkongsian 9 tips atau panduan ketika menghadiri majlis rumah-rumah terbukaagar kita menjaga adab-adab dengan sebaik mungkin. Apa yang penting ialah kunjungan dan kehadiran kita di majlis rumah terbuka akan menggembirakan tuan rumah dan sebagai satu jambatan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita selain mencari keberkatan, pahala dan keredhaanNYA pada hari yang penuh mulia ini.

 

Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya’Allah.

 

Sumber : shafiqolbu
'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2