8 Atlet Malaysia Cantik, Ramai Pengikut Di Instagram

Sekarang berlangsungnya temasya Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur. Pasti rakyat Malaysia mengharapkan kesemua atlet kebangsaan dapat merangkul Emas.

Selalunya bila tiba je musim sukan, pasti atlet wanita negara akan menjadi perhatian. Yelah, kebanyakan peminat sukan adalah lelaki.

Kami senaraikan 8 atlet wanita kebangsaan yang paling cantik dan ramai pengikut di Instagram.

1. FARAH ANN

Baru saja berusia 23 tahun, atlet gimnastik negara ini bukan sahaja cantik malah seorang yang berbakat besar dan sudah banyak kali mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

2. JANICE WOON

Orangnya kecil molek tapi sangat tangkas dalam sukan badminton. Wanita cantik berusia 27 tahun ini bersama rakan sepasukannya Vivian Hoo Kah Mun, kini berada di tangga ke 13 ranking dunia.

3. NUR IZWANI AZMAN

Dengan rupa paras yang cantik dan berambut panjang, pasti ramai tidak menyangka bahawa wanita ini merupakan penjaga gol bola sepak wanita Malaysia. Mesti ramai lelaki stalk lepas ni.

4. LEONG MUN YEE

Atlet terjun kebangsaan ini memang cukup cantik. Setiap kali acara terjun mesti ramai yang akan melihat aksi hebat wanita berusia 32 tahun ini.

5. SYAIDATUL AFIFAH

Atlet boling kebangsaan ini buatkan ramai lelaki terpikat dengan raut wajahnya. Gadis berusia 26 tahun bukan saja cantik malah cukup hebat menjatuhkan semua pin.

6. SHAHIDATUN NADIA

Atlet lompat jauh dan lompat kijang negara berlesung pipit ini sentiasa menjadi perhatian. Mana taknya, orangnya tinggi lampai dan wajahnya cukup manis.

7. FARAHIYAH RIDZUAN

Pemain bola sepak Malaysia kecil molek ini memang cukup comel. Raut wajahnya seperti baby face memang menjadi perhatian di kalangan peminat bola sepak. Walaupun orangnya kecil dan comel, tapi sangat lincah di padang.

8. GOH LIU YING

Berusia 28 tahun, merupakan seorang pemain badminton Malaysian dalam acara beregu. Beliau berganding dengan Chan Peng Soon pernah menduduki Kedudukan Dunia BWF No. 3 di acara beregu campuran.

Kredit Sumber : Hanasuva

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2