6 Cara Mudah & Pantas Untuk Kulit Cantik Di Hari Raya

Tinggal beberapa hari je lagi umat islam akan menyambut Aidilfitri. Segala persiapan sudah dibuat, mesti ramai tak sabar dah nak pakai baju baru. Bergaya sakan la katakan!

Tapi, sebelum tu cuba lihat wajah dicermin. Baju dah cantik, takkan la nak biarkan kulit kusam anda mencacatkan penampilan di pagi raya nanti.

Jangan bimbang, cuba 6 cara pantas dan mudah ini untuk dapatkan kulit cantik berseri.

1. SAPUKAN AIS PADA GARIS & KEDUTAN HALUS

Cara ini secara ajaibnya berfungsi untuk menutup pori-pori. Ia juga membantu mengurangkan keradangan dan bengkak, sama ada akibat jerawat, pendedahan cahaya matahari, ataupun kurang tidur.

2. MAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Masa berpuasa ni la waktu paling terbaik untuk makan banyak buah-buahan dan sayu-sayuran. Percaya tak jika kami katakan, wajah anda menunjukkan apa yang anda makan.

3. AMALKAN MINUM TEH HIJAU

Teh hijau memiliki sifat anti-inflamasi dan tinggi antioksidan yang bermanfaat baik untuk kesihatan kulit. Tengok je la kulit wanita Korea dan Jepun.

4. RAJIN MINUM AIR PUTIH

Bila puasa ni nafsu tu asyik nak minum air sedap je. Kalau boleh nak air manis je. Air masak lupa nak minum ke Cik Kak?? Nanti kulit tak cantik, awak jugak bising!

5. TIDUR YANG CUKUP

Tidur yang cukup sangat penting untuk regenerasi kulit dan keseimbangan hormon.

6. RAJIN-RAJIN BERIKAN SENYUMAN

Sentiasa berikan senyuman dan anda akan kelihatan lebih muda dan cantik.

Kredit : HANASUVA

'

Yeezy boost 350 V2 Yeezy boost 350 V2 for sale Yeezy 350 V2 for sale Yeezy 350 V2